fbpx
Anwar beramah mesra selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Januari 2026 di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Apa yang menarik Perutusan Tahun Baharu 2026 PMX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 di Putrajaya, sebentar tadi.

1. Pemberian Penghargaan Sara RM100 one-off kepada warganegara 18 tahun ke atas dikreditkan pada 9 Februari.

2. Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 Fasa 1 akan dibuat bermula 20 Januari ini.

3. Perusahaan mikro, kecil dan sederhana bakal diberi pengecualian cukai bagi nilai jualan sehingga RM1.5 juta.

4. Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan e-Invois tanpa penalti selama setahun bagi syarikat dengan nilai jualan RM1 juta sehingga RM5 juta.

5. Cukai perkhidmatan ke atas sewaan dikurangkan kepada enam peratus daripada lapan peratus.

6. Jualan Rahmah Madani bermula 9 Januari dan akan diadakan tiga kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri.

7. Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi setiap murid boleh diambil di sekolah masing-masing.

8. Peruntukan naik taraf sekolah RM80 juta diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

9. Gaji hakim mahkamah dinaikkan selepas 10 tahun tiada kenaikan.

10. Sumbangan Sara secara bulanan bagi keluarga miskin sehingga RM200 pada 9 Januari.

11. Sistem digital perlu dimulakan secara serius bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

12. Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat akan dibentang dan diluluskan di Parlimen tahun ini

13. Pemisahan kuasa pendakwa raya dan peguam negara adalah undang-undang pertama yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI