fbpx
WANITA berjalan di stesen kereta api Wannsee S-Bahn di barat daya Berlin semalam. - AFP 

Aktivis lindung Bumi bakar kabel, hampir 50,000 orang bergelap 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERLIN – Sebuah kumpulan aktivis alam sekitar mengaku membakar sebahagian daripada stesen janakuasa dekat Berlin, menyebabkan hampir 50,000 penduduk terputus bekalan elektrik, lapor agensi berita United Press International semalam. 

Aktivis Vulkangruppe membuat pengakuan tersebut dengan menghantar sepucuk surat mengandungi 2,500 patah perkataan kepada polis. 

Menurutnya, mereka  mencetuskan kebakaran berhampiran stesen janakuasa Lichterfelde dan merosakkan beberapa kabel voltan tinggi untuk memutuskan bekalan elektrik.

Pengendali grid elektrik, Stromnetz Berlin melaporkan, kira-kira 45,000 rumah dan 2,200 premis perniagaan terjejas akibat kebakaran itu. 

“Walaupun beberapa kabel dipulihkan secara berperingkat, sebilangan pelanggan dijangka tiada bekalan elektrik sehingga lewat petang Khamis ini. Beberapa sekolah juga akan ditutup.

“Kami menganggarkan kerosakan mencecah berjuta-juta euro untuk loji dan mesin, manakala  kerugian akibat hilang pendapatan  juga tinggi.

“Ini masalah serius dan menimbulkan perasaan tidak selamat dalam dunia perniagaan,” kata Pengarah Persatuan Perniagaan Serantau di Berlin dan Bradenburg,  Alexander Schirp.

Vulkangruppe berkata, kebakaran itu adalah sebahagian daripada tindakan mempertahankan diri dan solidariti antarabangsa bersama individu yang melindungi Bumi serta kehidupan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI