fbpx
Keadaan Perodua Bezza yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Antara Gapi , Serendah hari ini.

4 beranak cedera nahas Bezza, lori di Serendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Empat beranak cedera selepas kereta jenis Perodua Bezza yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Antara Gapi, Serendah, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.18 petang dan seramai enam anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu digerakkan ke lokasi tersebut.

“Laporan oleh komander operasi mendapati kemalangan melibatkan kereta Perodua Bezza dan lori Nissan.

“Seorang lelaki cedera ringan di bahagian muka, manakala dua wanita termasuk seorang daripada mereka patah kaki kiri, manakala seorang lagi cedera di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, seorang lagi kanak-kanak cedera ringan. Kesemua mangsa tidak tersepit dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI