fbpx
Suspek (dua dari kanan) direman empat hari lagi bagi membantu siasatan kes dadah di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

Seludup dadah dalam penjara: Reman peguam dilanjut empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Tahanan reman seorang peguam yang diberkas bagi membantu siasatan disyaki bersubahat menyeludup dadah ke dalam Penjara Marang pada akhir bulan lalu dilanjutkan selama empat hari lagi.

Perintah reman sehingga lusa tersebut dibenarkan Majistret Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini hari ini.

Lelaki berusia 32 tahun berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu pengamal undang-undang tersebut telah ditahan reman selama enam hari bermula 30 Disember lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan kegiatan menyeludup masuk dadah jenis pil Yaba, ganja dan Eramin ke dalam Penjara Marang pada 23 Disember lalu.

Beliau berkata, ia terbongkar berikutan mesin pengimbas penjara tersebut menemukan objek mencurigakan dalam badan seorang banduan yang baru selesai menjalani prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI