fbpx
Tangkap layar kejadian kemalangan membabitkan dua motosikal di Jambatan Pulau Pinang.

‘Penunggang motosikal yang pakai vest itu ayah saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – “Terima kasih (pihak) yang merakam video ini sebagai bukti.”

Demikian kata Krishnavani Ganesh apabila video menerusi rakaman papan muka (dascham) yang memaparkan kemalangan menimpa bapanya di Jambatan Pulau Pinang di sini, tular di laman Facebook semalam.

Katanya, dia menghargai bantuan daripada individu yang berkongsi rakaman tersebut dan akan dijadikan bahan bukti bagi membantu siasatan kes kemalangan yang berlaku di susur masuk jambatan menghala ke Perai.

“Pertolongan anda sangat dihargai. Sebenarnya dia (ayah) dalam perjalanan pergi kerja syif malam. Dia mengalami kecederaan pada kedua-dua tangan dan kaki,” katanya.

Sementara itu, pemilik akuan yang menggunakan nama Auni Mardhiah pula berkata, dia tidak menyangka video yang dirakam dari kereta bapanya tular di Facebook.

“Ni ‘dashcam’ kereta ayah saya. Hari itu (sebelum ini) post (hantar) dekat status WhatsApp sahaja. Semoga video ini dapat membantu sebagai bukti,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial turut mengecam tindakan penunggang motosikal yang cuba ‘menyelit’ sebelum merempuh mangsa di laluan kiri selain meminta merujuk video tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

“Saman jangan lepas kak…sorry (maaf) tetap sorry ….saman tetap saman,” cadang Mohd. Nasrul.

“Sedih pula saya tengok kesian sangat. Teringat ayah sendiri semogga ayah puan cepat sembuh,” kata Tahirah Redha Ramli.

“Memang banyak yang bawa motosikal laju atas jambatan. Tak sayang nyawam kita yang bawa slow (perlahan) pula yang takut,” balas Berry Hassan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI