fbpx
Orang ramai beratur di hadapan sebuah kedai untuk mendapatkan barangan runcit di Caracas, Venezuela semalam. - AFP

Penduduk Caracas beratur panjang di kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DORAL, FLORIDA – Penahanan pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya oleh tentera Amerika Syarikat (AS) disambut dengan sorakan dan nyanyian di sepanjang jalan di selatan negeri Florida, lapor saluran berita CNN. 

Namun, reaksi terhadap penyingkiran Maduro di Venezuela dilihat jauh lebih tenang, dengan rakaman video dari Caracas menunjukkan kebanyakan jalan dan lebuh raya mula sepi. 

Banyak kedai ditutup selepas serangan itu, manakala barisan beratur dilihat di beberapa premis lain yang cuma membenarkan sejumlah orang masuk pada satu masa, lapor agensi berita AFP.

Penduduk yang bimbang turut beratur panjang di pasar raya dan kedai menjual ubat susulan ketidakpastian mengenai apa yang bakal berlaku selepas ini.

Penduduk yang bimbang dilihat beratur panjang di pasar raya dan kedai menjual ubat-ubatan susulan ketidakpastian mengenai apa yang disifatkan oleh pakar sebagai ‘pertunjukan terbaharu diplomasi kapal perang Amerika’. 

Dalam masa sama, beratus-ratus penyokong berkumpul di Caracas untuk menuntut berita tentang nasib pemimpin mereka.

“Hidup Nicolas Maduro!” kata laungan pada perhimpunan dari pentas yang didirikan secara mengejut.

Sambutan terhadap penangkapan Maduro di AS bermula awal pagi hari ini di pinggir bandar Doral, negeri Florida. Kawasan itu menempatkan lebih ramai pendatang Venezuela berbanding bandar lain di AS yang dikenali sebagai ‘Doralzuela’.

Penunjuk perasaan bersorak dengan melontarkan nyanyian lagu kebangsaan Venezuela dan melaungkan slogan: “Kebebasan!”

Penunjuk perasaan turut berarak di beberapa bandar lain termasuk Boston dan Minneapolis bagi menyuarakan kebimbangan terhadap potensi pertumpahan darah berikutan operasi ketenteraan khas yang diarahkan oleh Presiden Donald Trump.

Ada antara mereka membawa papan tanda bertulis: “Tiada perang untuk minyak.”- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI