fbpx
Gambar hiasan.

Pakar perubatan rugi lebih RM500,000 ditipu skim pelaburan kripto, peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang pakar perubatan berputih mata apabila wang berjumlah RM529,200 lesap akibat terperdaya dengan skim pelaburan mata wang kripto yang tidak wujud dan lelaki mendakwa sebagai peguam.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, penipuan itu bermula selepas lelaki warga emas berusia 67 tahun itu tertarik dengan penerangan suspek berkaitan pulangan pelaburan melalui skim tersebut.

Katanya, mangsa kemudian membuat pindahan wang berjumlah RM320,000 ke dalam beberapa akaun bank yang berdaftar atas nama syarikat selepas menerima pautan pelaburan melalui aplikasi Tik Tok.

“Mangsa menyedari ditipu selepas gagal untuk mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan.

“Dia yang terbaca mengenai sebuah entiti dikenali International Justice Malaysia (IJM) yang dapat membantu menyelesaikan masalah penipuan telah berhubung dengan seorang lelaki mendakwa seorang peguam.

“Lelaki itu meminta mangsa membuat pelbagai bayaran tambahan dan akibat urusan tersebut, mangsa sekali lagi mengalami kerugian sebanyak RM209,200,” katanya di Ipoh hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang berasa ragu-ragu dengan kesahihan urusan bersama peguam itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh Jumaat lalu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN