fbpx
Wan Rohaimi (kanan) optimis pasukannya boleh bangkit pada baki saingan Liga Super musim ini.

Liga Super: Penang FC kembali dapat keyakinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASUKAN Penang FC puas dapat memulakan tahun 2026 dengan langkah kemenangan selepas berjaya menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Pengendali skuad Harimau Kumbang, Wan Rohaimi Wan Ismail optimis kemenangan berharga tersebut menjadi pemangkin kebangkitan pada pusingan kedua baki saingan Liga Super musim ini.

Menurut Wan Rohaimi, bukan mudah untuk menang di tempat lawan, tetapi anak-anak buahnya telah buktikan tiada apa yang mustahil.

“Saya selalu beri semangat kepada pemain-pemain agar tidak putus asa dengan prestasi mengecewakan pusingan pertama Liga Super sebaliknya terus berusaha. 

“Kita telah mendapat hasilnya dan saya harap pasukan terus konsisten dan diberi peluang hingga penghujung musim,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Wan Rohaimi turut memuji penyudah penyerang veteran, Kipre Tchetche untuk meledak dua gol sekali gus menjadi duri dalam daging buat TFC yang merupakan bekas kelab yang diwakilinya sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN