fbpx
BERGSON akan terus menjadi sandaran JDT untuk merobek gawang Selangor pada aksi malam ini.

Liga Super: JDT mahu kekal rekod bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAHUAN pemain untuk bersaing sesama sendiri menjadi ‘kunci’ buat Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi aksi berprofil tinggi menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Pendekatan pasukan yang diketuai oleh Xisco Munoz akan kekal sama iaitu untuk memberikan sokongan kepada pemain sekali gus mampu untuk menyerlahkan kualiti lebih baik dalam satu-satu perlawanan.

Biarpun beberapa muka baharu direkrut, status terkini penyerang sensasinya, Bergson Da Silva juga memberikan kelegaan buat Munoz untuk membina strategi lebih baik pada aksi berdepan Gergasi Merah.

“Kami perlu ada cita-cita dan percayakan dengan apa yang kami lakukan, malah kami juga kena berusaha untuk perbaiki diri. Bergson juga sudah kembali daripada kecederaan dan falsafah kami adalah menyokong semua orang yang ada dalam pasukan ini.

“Saya juga gembira dengan (Manuel) Hidalgo kerana dia sudah menunjukkan tahap permainan yang cukup baik. Kami (barisan kejurulatihan) berada di sini untuk menyokong pemain sama ada dalam situasi baik atau pun buruk,” katanya.

Menyedari cabaran yang bakal ditempuh selepas ini akan lebih mencabar, Munoz juga akui tiga mata pada aksi pertama pusingan kedua kali ini akan beri rangsangan kepada pemain untuk terus memperkukuhkan pasukan.

Selepas cemerlang dalam 12 perlawanan awal Liga Super dengan rekod kemenangan bersih, Munoz sedar pertemuan dengan Selangor FC bakal menjadi batu asas kepada JDT untuk mengharungi pusingan kedua dengan lebih baik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN