fbpx
Barisan pemain DPMM FC meraikan kemenangan ke atas PDRM FC, semalam. - Foto ihsan MFL

Liga Super: DPMM FC makin selesa ‘kutip’ tiga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Brunei DPMM FC membuktikan sudah sesuaikan diri sepenuhnya dengan kancah Liga Super selepas melakar kemenangan keempat berturut-turut dengan menewaskan Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, semalam.

Ketua jurulatih DPMM, Jamie McAllister memuji komitmen dan semangat juang anak buahnya selepas dikritik hebat apabila hanya mengutip lima mata daripada sembilan perlawanan yang diharungi, awal musim ini.

Kata McAllister, pujian wajar diberikan kepada pasukan kerana bukan mudah untuk melakar empat kemenangan berturut-turut dalam saingan yang begitu kompetitif seperti Liga Super.

“Saya gembira dengan kemenangan ini. Empat kemenangan berturut-turut dalam liga yang sangat mencabar adalah sesuatu yang membanggakan dan pujian wajar diberikan kepada para pemain.

“Kami mencipta lebih banyak peluang dan menunjukkan kualiti untuk mendapatkan gol kemenangan. Sepatutnya kita boleh mendapatkan lebih banyak gol, tetapi dibatalkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR),” katanya selepas tamat perlawanan.

Mengulas lanjut, McAllister mencabar pasukan untuk kekalkan momentum pada saingan bulan ini apabila berdepan jadual padat selepas turut bersaing dalam kempen Piala Malaysia nanti.

“Semua pemain sudah cergas berbanding ada enam atau tujuh pemain yang terpaksa diketepikan setiap minggu sebelum ini. Saya harap mereka bersedia kerana kita akan mengharungi Piala Malaysia juga bulan ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI