PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki berjalan di tengah laluan dipercayai menguji kekebalan diri di Jalan Kempas Lama, Johor Bahru semalam mengejutkan ramai pihak.
Menerusi hantaran di TikTok, rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan lelaki tersebut berjalan dalam keadaan tenang di antara dua kenderaan termasuk lori simen.
Video berdurasi 16 saat itu memaparkan sebuah kereta dan lori simen selain penunggang motosikal turut mengelak lelaki berkenaan.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai termasuk rata-rata pengguna media sosial menyifatkan lelaki tersebut menguji doa ibu dengan berjalan di tengah lebuh raya.
“Dia nak menguji doa ibu atau kekebalan diri, jangan sampai menyusahkan orang lain,” komen @Qrayyen4.
Turut meninggalkan pengguna media sosial yang menyifatkan lelaki tersebut menyusahkan pengguna jalan raya.
“Jangan dia tiba-tiba melompat ke kereta orang sudahlah. Ingat nak cepat, sekali nak kena selesaikan masalah orang macam ini,” komen @M.r.hayabusa.
“Memudaratkan pengguna jalan raya. Kalau kena langgar, siapa yang susah. Patut ditangkap dan masukkan ke kaunseling,” komen @Tselvan96. –KOSMO! ONLINE














