fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan trafik sesak di Lebuh raya Kuala Lumpur - Karak, petang tadi.

Lebuh Raya Utara-Selatan sesak 20km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak teruk sepanjang 20 kilometer (km) di Lebuh Raya Utara-Selatan akibat kemalangan, petang ini.

Berdasarkan kemas kini Pusat Pengurusan Trafik, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), kemalangan dipercayai berlaku di KM 76.2 arah Selatan dari Pendang ke Gurun di lorong kiri dan lorong kanan terhalang menyebabkan trafik sesak 20 kilometer.

LLM memaklumkan, kesesakan turut berlaku sebelum Plaza Tol Karak arah Barat, Bentong ke Lentang dan seterusnya, dari Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Selain itu, LLM turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan ketika dalam aliran trafik sesak.

Tambahnya, maklumat info trafik terkini lebuh raya seluruh negara boleh didapati menerusi hotline 1-800-88-7752, lama sosial @llmtrafik serta aplikasi TUJU dan MYJalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN