fbpx
Tangkap layar kejadian pergaduhan dua individu di kawasan Tol Sungai Long, kelmarin.

Gaduh Tol Sungai Long: Lelaki ditahan ada rekod lampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas diprcayai terlibat dalam pergaduhan di kawasan Tol Sungai Long, Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) menghala ke Balakong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek yang berusia 30 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 malam semalam.

“Suspek yang merupakan pekerja swasta mempunyai satu rekod jenayah dan direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-974 0758 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, polis membuka kertas siasatan selepas menerima laporan pergaduhan membabitkan dua individu dengan salah seorang daripadanya memegang objek disyaki kayu kira-kira pukul 9.08 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI