fbpx
HADJAR meraih kedudukan ke-12 musim lalu sekali gus membolehkannya dinaikkan pangkat ke pasukan utama Red Bull. - AFP

F1: Red Bull tagih kejutan Hadjar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILTON KEYNES – Pasukan Formula Satu (F1) Red Bull tidak meletakkan tekanan kepada Isack Hadjar menjelang musim 2026, sebaliknya mahu pelumba muda itu terus mempamerkan kejutan apabila digandingkan bersama juara dunia, Max Verstappen.

Hadjar, 21, mencuri tumpuan sepanjang musim sulungnya bersama Racing Bulls pada 2025 apabila mempamerkan kematangan luar jangkaan dalam kempen 24 perlumbaan, sekali gus membuka laluan ke pasukan utama Red Bull.

Pelumba Perancis itu meraih mata pertamanya seawal pusingan ketiga di Jepun dengan menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, sebelum mencatat keputusan terbaik di tempat keenam di Monaco dalam separuh pertama musim.

Prestasinya terus meningkat selepas rehat musim panas apabila Hadjar meraih podium sulung kariernya di Zandvoort, sebelum menamatkan musim di kedudukan ke-12 keseluruhan, dua anak tangga di hadapan rakan sepasukan, Liam Lawson.

Konsistensi tersebut meyakinkan Red Bull untuk menaikkan Hadjar menggantikan Yuki Tsunoda yang bergelut sepanjang musim dan hanya menamatkan kempen di tempat ke-17 keseluruhan.

Ketua pasukan Red Bull, Laurent Mekies menegaskan pihaknya tidak mahu meletakkan sasaran khusus kepada Hadjar, mengambil kira kesukaran pelumba yang dinaikkan ke pasukan utama sebelum ini.

“Isack menjalani musim pertama yang luar biasa. Tidak dinafikan, dari segi titik permulaan, di mana dia bermula pada Januari, ia benar-benar mengagumkan.

“Kami telah melihat ramai juara membangunkan diri mereka sepanjang karier, melakukan perkara yang mereka dianggap tidak mampu lakukan hanya dengan beberapa perlumbaan. Kami juga melihat perkara sama dengan Isack tahun ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN