fbpx
UNITED terlepas peluang memenangi perlawanan menentang Wolves dan mengharapkan tiga mata di Elland Road. - AFP

EPL: United terdesak raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mungkin hanya perlu memberikan fokus untuk mencari formasi terbaik apabila mengesahkan tiada kecederaan baharu melanda pasukannya.

Bagaimanapun, pengurus itu mengesahkan tiada seorang pun pemain yang cedera sebelum ini boleh diturunkan pada aksi menentang Leeds United di Elland Road, malam ini ketika mereka terdesak untuk meraih kemenangan.

“Tiada isu untuk kami berdepan perlawanan kali ini, namun saya tidak fikir pemain kami yang cedera ketika ini akan pulih untuk bermain dalam aksi dengan Leeds,” katanya.

Amorim kini sudah pun hilang khidmat Harry Maguire, Matthijs de Ligt, Kobbie Mainoo, Mason Mount dan Bruno Fernandes, malah tidak dapat gunakan Noussair Mazraoui, Amad Diallo dan Bryan Mbeumo yang kini beraksi di pentas Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Seperti aksi menentang Wolves, Amorim memanggil dua pemain muda, Jack Fletcher dan Bendito Mantato dan mengakui mungkin sekali lagi akan menggunakan pendekatan yang sama.

Amorim juga mengakui sedar kualiti yang dimiliki oleh Leeds terutama kepantasan pemain lawan itu akan menjadikan perlawanan kali ini lebih sukar.

“Kami membuktikan bahawa kami boleh memenangi mana-mana perlawanan dalam apa jua situasi. Kali ini kami akan terus melakukannya.

“Kami tahu mereka mengubah sistem di mana pada perlawanan terakhir, mereka menggilirkan dua pemain (Dominic Calvert-Lewin and Noah Okafor) yang biasanya berada dalam kesebelasan utama,” katanya. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI