fbpx
Anggota polis melakukan siasatan di lokasi kemalangan yag mengakibatkan dua pelajar UiTM cawangan Rembau maut di Jalan Chengkau-Panchang-Lubok China hari ini.

Dua pelajar UiTM Rembau maut motosikal langgar besi penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau maut selepas motosikal jenis Yamaha NVX yang mereka tunggang terbabas melanggar penghadang jalan di kilometer satu, Jalan Chengkau-Panchang-Lubok Cina, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, penunggang motosikal, Ismawanie Husna Ismail, 19, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Maklumat dan pembonceng, Nur Ain Zulaisya Zahrain, 18, pelajar Diploma Komunikasi dan Media disahkan maut di lokasi kemalangan akinat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain berkata,kedua-duanya dari arah UITM Rembau menghala ke Pekan Lubok China.

“Apabila sampai di jalan selekoh, penunggang secara tiba tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI