fbpx
PERSENGKETAAN antara Nubhan dan Afifah nampaknya belum benar-benar ada jalan damai, sementelah satu laporan polis turut dibuat wanita itu beberapa hari lalu.

Dr. Fie jangan terlalu ‘galak’ berkongsi, sila bertenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUDAH sah bercerai tetapi cerita mengenai Nubhan dengan bekas isteri, Dr. Afifah Hidayah masih tidak berkesudahan.

Semakin hari semakin rumit dan terbaharu apabila Afifah mendakwa barangan peribadinya dibuang daripada kediaman yang didudukinya ketika ini ketika berada di luar negara tanpa sebarang notis.

Memang ‘naik hantulah’ Afifah apabila diperlakukan sebegitu tetapi sayangnya ramai juga netizen berpendapat dia perlu diam seketika daripada berkongsi banyak perkara dan selesaikan masalah diam-diam.

Kata netizen, semakin galak berkongsi, akan lebih banyak aib sendiri yang terlondeh. Sebaik-baiknya Afifah ambil masa bertenang dan susun strategi dalam mempertahankan haknya.

Diva rasa, sebagai seorang wanita, terlalu banyak berkongsi pun tak manis, lebih baik rehat sebentar dari media sosial. Kalau sudah ada jalan penyelesaian, barulah kongsi kepada umum. Kalau setakat nak kongsi kemarahan, lebih baik diam. Jadi, ambil masa bertenang dan berhenti buka lebih banyak aib mana-mana pihak.

DIVA: Harap tahun ini kurang drama tentang isu penyondol, bosanlah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN