fbpx
Kenderaan Proton X50 yang dipandu Nurul Nazla (gambar kecil).

Nurul Nazla hilang selepas ziarah suami di Hospital Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kehilangan Nurul Nazla Abdul Halim, 41, masih menjadi tanda tanya apabila polis masih berusaha mengesan wanita itu selepas dilaporkan hilang setelah melawat suaminya di Hospital Shah Alam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu daripada adik kandungnya pada pukul 12.06 tengah malam.

Katanya, siasatan awal mendapati Nurul Nazla keluar dari Hospital Shah Alam pada pukul 2 petang semalam sebelum hilang. Kali terakhir dia menghubungi suaminya menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira sejam kemudian.

“Wanita itu memakai tudung, berkulit kuning langsat dengan ketinggian 165 sentimeter manakala beratnya kira-kira 92 kilogram. Kes disiasat sebagai orang hilang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nurul Nazla diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Izzman Mohd. Idrus di talian 013-4003355 atau balai polis berdekatan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan keluarga Nurul Nazla berdoa supaya wanita itu selamat dan segera pulang selain memohon bantuan orang ramai untuk mengesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN