fbpx
Tangkap layar CCTV LLM memaparkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Plus Selatan ketika ini.

Cuti sekolah tamat, lebuh raya utama sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sangat perlahan di beberapa lebuh raya utama ekoran orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas tamatnya musim cuti sekolah hari ini.

Menerusi tinjauan di televisyen litar tertutup Lembaga Lebuh Raya, setakat pukul 8.40 malam tadi, trafik dilaporkan sesak di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak.

Kelihatan keadaan trafik perlahan bermula dari Plaza Tol Bentong menuju ke Genting Sempah sehingga keluar ke Plaza Tol Gombak.

Seorang pengguna jalan raya di akaun Thread berkongsikan, perjalanannya dari Kuantan, Pahang ke Plaza Tol Gombak mengambil masa lima jam lebih ekoran trafik yang sesak.

“Dari Kuantan pukul 2.15 petang, sampai Plaza Tol Gombak pukul 7.30 malam. Trafik sangat perlahan menuju ke Kuala Lumpur. Cuti dah tamat, esok sekolah,” kata Abdul Rahman.

Di Lebuh Raya Plus Selatan, trafik kelihatan sesak dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Senawang, Seremban ke Port Dickson Utara, Bandar Ainsdale ke Bandar Baru Nilai, dan selepas Plaza Tol Sungai Besi ke Pusat Bandar.

Di Lebuh Raya Plus Utara pula, trafik kelihatan terkawal meskipun adanya pertambahan kenderaan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI