fbpx

CCTV+: Xi Menggariskan Hala Tuju Utama Bangunkan Kuasa Produktif Berkualiti Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING, 4 Januari 2026 /PRNewswire/ — Presiden China Xi Jinping melaksanakan kerja lapangan dan pemeriksaan yang mendalam di barisan hadapan pengeluaran sepanjang tahun lalu yang menggariskan kemajuan dan hala tuju utama dalam membangunkan kuasa produktif berkualiti baharu.

Xi yang juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap pembangunan AI dan turut memberi beberapa arahan penting sepanjang tahun berkenaan.

Pada April 2025, Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC mengadakan satu sesi pembelajaran berkumpulan yang menumpukan pada pengukuhan pembangunan serta pengawalseliaan AI.

Semasa sesi ini, Xi menegaskan keperluan untuk memajukan inovasi teknologi, pembangunan industri dan pemerkasaan aplikasi dalam AI secara komprehensif, selain menambah baik sistem dan mekanisme kawal selia, serta mengekalkan inisiatif dalam pembangunan dan tadbir urus AI dengan kukuh.

Hanya empat hari selepas mengadakan sesi pembelajaran berkumpulan, Xi memulakan perjalanannya untuk memahami tentang perkembangan AI secara langsung.

Semasa lawatan pemeriksaannya di Shanghai pada akhir April tahun lalu, beliau telahpun melawat Shanghai Foundation Model Innovation Center.

"Usaha membangunkan AI ini merupakan sebahagian daripada ikhtiar kami untuk memajukan pemodenan Cina, membangunkan China bagi menjadi sebuah negara yang kuat dan merealisasikan matlamat utama menuju pembaharuan nasional dan harapannya terletak pada anda semua," kata Xi.

Semasa mengadakan lawatan pemeriksaan ke Bensteel Group di Wilayah Liaoning, timur laut China pada Januari tahun lalu, Xi menegaskan bahawa industri keluli merupakan industri asas yang penting di negara ini dan menjadi penentu ekonomi sebenar negara ini.

Semasa mengadakan pemeriksaan di Luoyang Bearing Group, Bandar Luoyang, Wilayah Henan tengah China pada bulan Mei, Xi berkata bahawa pembuatan moden bergantung pada pemerkasaan sains dan teknologi.

"China sentiasa berpegang teguh pada laluan untuk membangunkan ekonomi sebenar. Bermula dengan pergantungan pada mancis, sabun dan besi import sebelum ini, hingga kini menjadi negara pembuatan terbesar di dunia dengan kategori-kategori industri yang paling lengkap, kita telah mengambil jalan yang betul. Agar benar-benar dapat merealisasikan pemodenan Cina, kita harus terus memantapkan sektor pembuatan dan menguasai teknologi pembuatan secara bebas," kata Xi.

Dalam satu perbualan bersama para pekerja di Yangquan Valve Co., Ltd semasa lawatan pemeriksaannya di Wilayah Shanxi, utara China pada Julai tahun lalu, Xi berkata bahawa ekonomi sebenar tidak boleh ditinggalkan, begitu juga dengan industri-industri tradisional dan dalam masa yang sama menekankan transformasi dan juga penaiktarafan industri melalui inovasi teknologi.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4855754_MS55754_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI