IMPIAN tidak perlu sempurna untuk bermula. Kadangkala cukup dengan keberanian mencuba serta kesanggupan untuk belajar, selain kecintaan yang mendalam terhadap roti sourdough. Demikian antara ‘resipi’ serta resam buat Fadlan Arif Fakhrunniam, 25, ketika memulakan perniagaan kafe dan bakeri, Belly bersama ibunya, Rosenajehah, 52, yang terletak di No. 32, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur. Menurut Fadlan Arif yang merupakan graduan jurusan matematik dan statistik dari Universiti Toronto, Kanada, meskipun bidang tersebut jauh daripada dunia kulinari, namun jiwanya sentiasa dekat dengan dapur……














