fbpx
ARIF AIMAN berjaya melakukan 224 gelecekan dalam 35 perlawanan untuk berada di kedudukan keempat ketika Yamal menguasai pencapaian tersebut.

Arif Aiman terus cipta pencapaian membanggakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAKAT luar biasa dimiliki bintang sensasi Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus mendapat perhatian di peringkat global.

Walaupun hadir dari negara kecil dalam dunia bola sepak dunia, statistik dikongsikan Sofascore menyenaraikan Arif Aiman sebaris dengan Lamine Yamal yang juga tonggak utama kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Berdasarkan kemas kini Sofascore, pemain berusia 23 tahun itu berjaya mencatat 224 gelecekan dalam 35 perlawanan di saingan liga utama untuk berada di tangga keempat di belakang pendahulu, Yamal (307 dalam 61 perlawanan), pemain Union Saint-Gilloise, Guilhermen Smith (251 gelecekan dalam 25 perlawanan) dan Jose Mario Pinto (CD Olimpia) dengan 238 gelecekan dalam 53 perlawanan.

Perkongsian ini menyerlahkan kualiti Arif Aiman tidak hanya mampu membantu pasukan negara dan JDT di pertandingan tertinggi, malah turut membuka mata dunia yang Malaysia juga mampu melahirkan pemain berkualiti setaraf dengan bitang dunia lain.

Kelincahan Arif Aiman jelas tidak dapat dinafikan kerana gerakan pemain itu khususnya menerusi bahagian sayap kanan sering menghuru-harakan pertahanan lawan.

Paling mendapat perhatian, senarai itu juga menyaksikan Arif Aiman berjaya mengatasi bintang sensasi Manchester City, Doku yang mencatat 212 gelecekan tetapi dalam 52 perlawanan, iaitu lebih 17 perlawanan berbanding pemain Harimau Malaya itu.

Bagaimanapun, ketika ini Arif Aiman terpaksa mengharungi tempoh rehat tiga bulan ekoran kecederaan hamstring namun sudah pun menjalani pembedahan yang dilakuan oleh doktor sukan terkemuka, Lempainen Lasse di Finland.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI