fbpx
Ayob Khan (dua, kanan) bersama Tun Ramli (tiga, kanan) merasmikan kayuhan berbasikal PDRM Penang International Second Bridge Solidarity Fun Ride 2026 di George Town, hari ini.

Ajaran sesat dikekang awal elak berkembang jadi ekstrem, militan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis melaksanakan pencegahan awal terhadap sebarang aktiviti ajaran sesat di negara ini bagi mengekang fahaman berkenaan berkembang menjadi lebih ekstrem dan militan sehingga mendorong kepada jenayah keganasan yang lebih besar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pemantauan rapi itu penting bagi mengesan sebarang perkembangan berisiko pada peringkat awal sebelum ia melangkaui garisan keselamatan.

Menurutnya, terdapat salah faham segelintir pihak yang menganggap ajaran sesat bukan isu keselamatan dan tidak wajar dipantau oleh polis.

“Ada pihak mempersoalkan mengapa polis perlu mengambil berat mengenai ajaran sesat kerana menganggap ia bukan isu keselamatan.

“Namun mereka tidak faham bahawa sesuatu ajaran sesat boleh bermula secara kecil sebelum berkembang menjadi fahaman ekstrem, militan dan akhirnya mendorong kepada keganasan termasuk merancang serangan yang mengorbankan nyawa.

“Justeru, apabila sesuatu pergerakan itu melintasi garisan keselamatan negara, tindakan perlu diambil lebih awal dan bukan menunggu sehingga insiden berlaku barulah tangkapan dibuat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai aktiviti ajaran sesat di negara ini.

Terdahulu, beliau menyertai acara kayuhan berbasikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) Penang International Second Bridge Solidarity Fun Ride 2026 di sini, malam tadi. Mengulas lanjut, Ayob Khan mengambil contoh pengalaman lampau melibatkan kumpulan Jemaah Islamiah.

“Kita dapat lihat Jemaah Islamiah juga bermula dengan ajaran sesat sebelum berkembang menjadi kumpulan ekstrem. Sebab itu tanggapan bahawa ajaran sesat bukan isu polis adalah tidak wajar,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI