fbpx
Ezzanie Jasny tampil bersuara selepas mendakwa wujud beberapa akaun palsu menyamar sebagai dirinya dalam media sosial hingga mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan keluarga.

‘Adik perempuan kena ugut’ – Ezzanie Jasny difitnah keluar Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Ezzanie Jasny tampil bersuara selepas mendakwa wujud beberapa akaun palsu menyamar sebagai dirinya dalam media sosial hingga mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan keluarga.

Ujar Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, penyamaran terbabit bukan hanya mencuri identiti, malah menggunakan gambar peribadi dirinya serta ahli keluarga tanpa kebenaran.

“Ada banyak akaun palsu menyamar sebagai saya dan menggunakan gambar peribadi saya serta ahli keluarga tanpa izin.

“Akaun-akaun ini turut menyebarkan kenyataan palsu berkaitan agama selain terlibat dalam siaran langsung, forum serta komen langsung tidak mencerminkan diri saya,” katanya dalam Instagram.

Tambah pelakon drama Uncle Boss Mama itu, situasi menjadi semakin meruncing apabila wujud ancaman bertalu-talu membabitkan keselamatan keluarga terdekat.

“Keadaan bertambah serius apabila terdapat ancaman terhadap keluarga saya, termasuk mesej ugutan dihantar secara terus kepada adik perempuan saya.

Tangkap layar akaun palsu yang menyamar sebagai Ezzanie Jasny memfitnah aktres terbabit sudah murtad dan kini memilih agama Kristian. 

“Perkongsian ini merupakan penjelasan rasmi serta satu amaran. Sebarang penyamaran, fitnah, gangguan, ugutan atau penyalahgunaan identiti selepas ini akan direkodkan dan diambil tindakan sewajarnya,” luahnya.

Paling penting kata Ezzanie, tindakannya tampil bersuara bukan untuk mencetuskan kontroversi, sebaliknya demi menjaga keselamatan diri serta keluarga.

“Perkongsian ini bukan untuk mencipta drama, tetapi bagi meningkatkan kesedaran dan melindungi keluarga saya.

“Jika anda melihat akaun-akaun terbabit memberi komen, menyertai siaran langsung atau mengeluarkan kenyataan tidak sesuai serta menyinggung perasaan, ketahuilah itu bukan saya,” tegasnya.

Sebelum ini, Ezzanie meluahkan rasa kesal apabila sebuah akaun palsu dalam media sosial cuba memainkan isu sensitif berkaitan agama dengan menggunakan identitinya.

Pada peringkat awal, pelakon itu memilih untuk berdiam diri kerana menyangka kandungan tersebut tidak mendapat perhatian.

Namun keadaan berubah apabila akaun berkenaan mula tular dan meraih jumlah tontonan tinggi susulan kandungan palsu mendakwa dirinya sudah bertukar agama, sekali gus memaksa Ezzanie tampil menjelaskan perkara sebenar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN