KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Indonesia ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah bangunan kediaman di Setapak, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.43 pagi.
Beliau berkata, mangsa berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pemeriksaan awal ke atas badan si mati mendapati tiada sebarang tanda perlakuan jenayah,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE














