fbpx
GAMBAR fail Nicolas Maduro (kanan) dan isterinya. - Foto AFP

Presiden Venezuela, isteri didakwa di mahkamah Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – ​Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Pam Bondi menyatakan bahawa Presiden Nicolas Maduro dan isterinya didakwa di sebuah mahkamah Daerah Selatan New York, lapor Perbadanan Penyiaran Britain.

“Maduro berdepan pertuduhan konspirasi narkotik-keganasan, konspirasi pengimportan kokain, pemilikan mesingan dan peranti pemusnah serta konspirasi untuk menggunakan mesingan dan peranti pemusnah terhadap Amerika Syarikat”.

”Mereka tidak lama lagi akan berdepan keadilan Amerika di bumi Amerika dan di mahkamah Amerika,” tambah Bondi.

Beliau bagaimanapun  tidak menyatakan pertuduhan yang dihadapi isteri Maduro.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada tentera kita yang berani, yang telah menjalankan misi luar biasa dan sangat berjaya untuk menangkap dua individu yang didakwa pengedar narkotik antarabangsa ini,” katanya lagi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI