fbpx
ERRA Fazira, Nasha Aziz, Maria Farida, Syafinaz dan Siti menjadi antara jelitawan tanah air yang wajah mereka seperti tidak dimamah usia.

‘Makan hati tengok’ 5 jelitawan ini tak tua-tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Peningkatan usia boleh menjadi satu hal yang merungsingkan sekiranya tanda-tandanya jelas kelihatan pada wajah atau tubuh. Kedut, garis mata, pipi kendur dan uban antara tanda yang boleh membuatkan seseorang kelihatan semakin menua.

Namun, dengan segala rawatan teknologi canggih yang ada pada hari ini, semua masalah itu boleh dibendung. Bagi selebriti, penjagaan wajah dan tubuh semestinya menjadi keutamaan terutamanya wanita. Setiap hari ada sahaja artis muda, jelita yang hadir bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Makanya, persaingan juga semakin tinggi. Jika tidak dijaga penampilan, mungkin bakal tenggelam dengan generasi baharu. Minggu ini HibGlam menyenaraikan lima selebriti wanita popular yang menolak tua.

Erra Fazira

Baru sahaja bergelar pengantin baru, kejelitaan primadona filem Malaysia ini menjadi bualan hangat netizen. Di usia 52 tahun, Erra masih kekal jelita mengalahkan anak dara. Malah, ukuran pinggangnya yang berukuran 24 sentimeter (cm) bikin ramai yang makan hati.

Nasha Aziz

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon yang juga merupakan seorang supermodel ini. Kejelitaan wajahnya tidak perlu dipertikai lagi. Tubuhnya yang tinggi lampai pula masih bergetah. Kini berusia 55, penampilan Nasha terutamanya dalam aplikasi media sosial TikTok sentiasa menjadi tumpuan ramai dek wajahnya yang awet muda.

Datuk Syafinaz Selamat

Kemunculan penyanyi, guru vokal dan juri tetap rancangan Gegar Vaganza ini sentiasa dinantikan ramai setiap minggu. Pada usia 53 tahun, Syafinaz masih kekal jelita, langsing dan tiada kedutan di wajahnya. Syafinaz juga sentiasa ceria menjadikannya kelihatan bertambah muda.

Datin Seri Maria Farida

Aktres berdarah kacukan Melayu-Filipina ini memang terkenal dengan kejelitaan wajahnya. Kini berusia 57 tahun, kejelitaan pelakon filem Datin Ghairah itu sedikit pun tidak pernah luntur. Bentuk badannya juga masih langsing persis anak dara. Malah, Maria masih menjadi buruan lelaki-lelaki muda biarpun sudah bergelar isteri dan ibu. Hebat penangan Maria!

Datuk Seri Siti Nurhaliza

BIDUANITA negara ini bakal menginjak ke usia 47 tahun 11 Januari ini. Namun ramai yang masih tidak percaya dengan usianya dek wajahnya yang kelihatan awet muda. Wajah Siti yang comel menjadikannya kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar.Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga rajin bersenam dan sangat menitik beratkan penjagaan wajah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN