fbpx
Anwar melihat pameran karikatur pada Program Hari keluarga & Rapat Reformasi 2026, di Bukit Beruntung Golf Resort, di sini hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Kerajaan perlu bergerak secara waras, bijaksana – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAWANG – Kerajaan Perpaduan perlu bergerak secara waras dan bijaksana dalam melaksanakan perubahan, selaras dengan realiti mandat sebenar yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan walaupun kerajaan kini diberi kepercayaan mentadbir negara, hakikatnya kekuatan kerusi Parlimen tidak mutlak dan memerlukan kefahaman serta rundingan berterusan antara semua parti komponen dalam kerajaan.

“Kita dapat mandat jadi kerajaan, tetapi kita kena ingat, kita bukan menguasai 200 kerusi Parlimen. Perubahan mesti dilakukan, tetapi mesti waras dan bijaksana,” katanya ketika berucap pada Program Hari Keluarga & Rapat Reformasi 2026 di Bukit Beruntung Golf Resort, di sini hari ini.

Tambah beliau, perjuangan reformasi tetap menjadi asas utama pentadbiran kerajaan termasuk menolak rasuah, penyelewengan dan budaya angkuh dalam kalangan pemegang kuasa.

“Guna kuasa dengan bijaksana. Masa ada kuasa, buat sebaik mungkin. Jangan jadi macam orang yang bila berkuasa tidak buat apa-apa, bila tiada kuasa, beleter setiap hari,” tegasnya.

Beliau turut mengakui bahawa usaha membanteras rasuah dan memulihkan kebebasan institusi seperti badan kehakiman bukanlah sesuatu yang mudah kerana akan mendapat tentangan daripada pihak yang selesa dengan sistem lama.

“Orang yang biasa dengan rasuah tidak akan senang dengan kita. Orang yang pernah mencabul kebebasan kehakiman juga tidak akan gembira dengan keputusan yang bebas,” katanya.

Menyentuh isu perpaduan kaum, Anwar berkata pendekatan sempit berasaskan kaum atau kepentingan kelompok tertentu perlu dihentikan demi kestabilan negara.

“Semua kaum perlu melihat isu dalam rangka besar Malaysia. Kalau tidak, negara ini tidak akan selamat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI