fbpx
Keadaan kereta mangsa yang terbabas di Jalan Parit 4 Timur, Sungai Besar, petang tadi.

[KEMAS KINI] Selepas abang maut nahas, adik pula menyusul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang kereta dinaikinya terbabas ke dalam parit di Jalan Parit 4 Timur, Sungai Besar di sini, petang tadi turut disahkan maut.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sabak Bernam manakala abangnya berusia 20 tahun maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kereta pasangan beradik itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas memasuki parit, kira-kira pukul 4 petang.

“Kemalangan itu menyebabkan seorang daripadanya maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Atikah Md. Ali di talian 013-3328212 bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya malam ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mangsa berusia 15 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Wira berjaya dibawa naik dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN