fbpx
ZAIN Saidin sendiri tergelak apabila melihat gelagat Che Ta memakai gaun mewah namun selamba apabila diajak membeli-belah di Uptown Kota Damansara baru-baru ini.

Kelakar bila Zain, Che Ta ‘shopping’ di ‘uptown’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEHIDUPAN serba mewah Rozita Che Wan atau Che Ta sering menjadi bahan bualan ramai dalam media sosial. Namun, suaminya, Zain Saidin mengubah pandangan ramai apabila dia membuat kejutan dengan membawa Che Ta membeli-belah di Uptown Kota Damansara baru-baru ini.

Paling mencuri perhatian apabila Che Ta memakai gaun hijau dengan kain meleret ketika membeli-belah. Zain sebenarnya menepati janji untuk membawa Che Ta membeli-belah di tempat yang tidak pernah dijejaki.

“Janjiku pastiku tepati sayang, awak you minta ‘shopping’, saya bawa ke tempat yang tak pernah pergi,” katanya dalam video yang meraih lebih 1.2 juta tontonan tersebut.

Gelagat mereka membuatkan penonton terhibur dan memuji sikap Che Ta kerana tidak kisah membeli-belah di lokasi tersebut.

“Seronok tengok, harap teruskan, dalam masa sama bantu promosi bisnes peniaga tempatan.

“Teruskan kongsi video begini, bagi inspirasi kepada ramai artis lain juga,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN