fbpx
Fahmi pada pelancaran Jelajah Bijak W.A.N.G di Dataran Seri Angkasa, Taman Bukit Angkasa, Kuala Lumpur hari ini.

Jelajah Bijak W.A.N.G 2026 inisiatif literasi kewangan berskala nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skim perlindungan kesihatan mySalam, diuruskan sepenuhnya oleh Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dengan kerjasama Financial Education Network (FEN) dan Malaysian Takaful Association (MTA) melancarkan Jelajah Bijak W.A.N.G 2026 berlangsung selama 12 bulan.

Inisiatif literasi kewangan berskala nasional itu bertujuan memperkasakan golongan belia serta menyantuni masyarakat B40 melalui pendekatan inklusif dan interaktif, selari dengan aspirasi untuk membina masyarakat yang lebih berdaya tahan dari segi kewangan.

Ketua Skim mySalam di Great Eastern Takaful, Syuhaib Ithnin berkata, Bijak W.A.N.G membawa maksud memperkasa literasi kewangan dan ia berteraskan empat prinsip utama iaitu Waspada, Atur, Nilai, dan Guna.

“Prinsip ini menggalakkan masyarakat untuk lebih berhati-hati dalam penggunaan perkhidmatan kewangan digital, memupuk budaya perancangan melalui bajet dan simpanan kecemasan, mengurus hutang secara bertanggungjawab, serta melindungi masa depan kewangan dengan perlindungan risiko seperti mySalam dan takaful untuk kesihatan, pendapatan dan keluarga.

“Menerusi pelancaran Jelajah Bijak W.A.N.G 2026 ini, ia mencerminkan komitmen berterusan kami untuk memperkasakan rakyat Malaysia yang lebih celik kewangan demi membina masa depan lebih terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelajah Bijak W.A.N.G ini berteraskan tiga komponen utama iaitu #BijakWang Varsity, pertandingan literasi kewangan antara universiti seluruh negara iaitu #BijakWang Karnival, program komuniti berserta taklimat bermanfaat, aktiviti interaktif dan edutainment kewangan serta #BijakWang TikTok LIVE.

Program ini dilaksanakan atas kerjasama strategik antara Great Eastern Takaful, FEN, Malaysian Takaful Association, FINCO dan PekaB40.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parliman Lembah Pantai di Dataran Seri Angkasa, Taman Bukit Angkasa, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 1,000 beg sekolah diberikan kepada pelajar oleh mySalam, sumbangan baucar persekolahan bernilai RM100 daripada Pejabat Parlimen Lembah Pantai, pemeriksaan kesihatan percuma, serta aktiviti interaktif seperti Financial Squid Game. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI