fbpx
NICOLAS MADURO - Foto AFP

Amerika tangkap Presiden Nicolas Maduro, isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON- Presiden Donald Trump berkata hari ini bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) telah menangkap pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro selepas melancarkan serangan berskala besar ke atas negara Amerika Selatan itu.

“AS berjaya melaksanakan serangan berskala besar terhadap Venezuela dan pemimpinnya, Presiden Nicolas Maduro yang ditangkap bersama isteri dan diterbangkan keluar dari negara itu,” kata Trump dalam satu hantaran di media sosial miliknya, Truth Social.

“Operasi ini dilaksanakan dengan kerjasama penguat kuasa undang-undang Amerika,” tambahnya.

Trump turut berkata, beliau akan mengadakan sidang media pada pukul 11.00 pagi (waktu tempatan) di kediamannya di Mar-a-Lago, Florida, ketika beliau hampir menamatkan percutian Krismas dan Tahun Baharu selama dua minggu.

Dalam satu temu bual telefon ringkas bersama akhbar The New York Times, Trump memuji operasi tersebut sebagai cemerlang.

“Banyak perancangan yang baik dan ramai anggota tentera serta individu yang sangat, sangat hebat,” lapor akhbar itu memetik kata-kata Trump.

Pengumuman mengejutkan Trump itu dibuat selepas berbulan-bulan tekanan ketenteraan dan ekonomi Amerika yang semakin meningkat terhadap Maduro, serta ekonomi Venezuela yang bergantung kepada eksport minyak.

Presiden Amerika itu berkata pada Disember lalu bahawa adalah bijak untuk Maduro meletakkan jawatan dan hari-hari terakhirnya semakin hampir. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI