PETALING JAYA – Penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain, menghentikan persembahan sebelum mendakwa penonton di Singapura membosankan ketika membuat persembahan sempena sambutan tahun baharu, kelmarin, mencetuskan kemarahan daripada penonton.
Menerusi hantaran TikTok, Rain dilihat cuba menghidupkan suasana beberapa kali dengan berinteraksi bersama penonton dalam nada sarkastik, sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton yang hadir.
“Kecewa dengan penonton di festival ini. Rain menghentikan persembahan di tengah jalan,” katanya.
Difahamkan, penyanyi tersebut terpaksa menghentikan persembahan di tengah jalan selepas melihat penonton terlalu diam dan membosankan.
Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen termasuk rata-rata turut bersependapat penonton kelihatan kaku.
“Ini bukan kali pertama penyanyi mengeluh dengan penonton dari Singapura. Blackpink pun meluahkan perasaan yang sama dari konsert,” komen @Lightwalker90.
“Konsert di Singapura seperti makan malam tahunan bersama syarikat tempat kerja,” komen @Seanzraft.
Turut meninggalkan komen, peminat yang kecewa dengan sikap Rain yang dikatakan tidak profesional.
“Awak sebagai penyanyi perlu menghidupkan suasana sebab dibayar untuk menghiburkan. Bukannya mempersoalkan penonton. Hiburkan sahaja mereka,” komen @Gjieau. –KOSMO! ONLINE
@theverybigtheverybang Most walked out midway toooo #rain #birain #singlandfestival #singapore #fyp ♬ Lucifer’s Waltz – Secession Studios














