PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat melibatkan negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 5 petang.
Antara kawasan yang terlibat dalam cuaca buruk di Perak ialah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala Tanah Tinggi Cameron di Pahang turut terjejas.
“Hujan lebat turut dijangka berlaku di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, Selangor, termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.
“Amaran hujan berterusan turut dikeluarkan di Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Limbang (Lawas) di Sarawak manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang) turut terlibat,” katanya. –KOSMO! ONLINE














