fbpx
WOOI YIK (kanan) dan Aaron perlu melepaskan geram pada Terbuka Malaysia selepas kecewa sekadar meraih perak Sukan SEA baru-baru ini.

Naga Api tak panik taktik dibaca lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi tanpa berselindung mengakui pasukan lawan sudah mula membaca corak permainan yang diterapkan kepada anak-anak buahnya sejak menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) awal tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau tetap tenang dengan situasi itu selain menjelaskan masih belum mahu menekan butang panik menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil minggu depan.

Herry berkata, corak permainan pemain-pemain beregu lelaki sudah mula dihidu pasukan lawan, terutamanya Indonesia tetapi beliau menyifatkan perkara itu sebagai lumrah dalam arena badminton.

“Kita boleh katakan bahawa prestasi serta kualiti beregu lelaki ketika ini hampir sama. Mana-mana beregu yang berada dalam kondisi lebih baik pada hari perlawanan lebih berpeluang untuk menang.

“Buat masa sekarang, hanya beregu Korea Selatan (Kim Won Ho-Seo Seung Jae) yang berada satu tahap lebih tinggi. Oleh itu, kita boleh jadikan mereka sebagai rujukan untuk belajar,” katanya.

Sebagai rekod, Herry yang memulakan tugas secara rasmi Februari tahun lalu memberikan nafas baharu buat skuad beregu lelaki negara apabila mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi juara Asia selain memenangi Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura.

Selain itu, beliau yang dikenali dengan gelaran Naga Api turut membantu satu lagi gandingan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun merangkul dua kejuaraan, iaitu Indonesia Masters serta Malaysia Masters.

Bagaimanapun, ketika saingan 2025 menghampiri penghujung, kedua-dua gandingan itu sering berdepan kesukaran selain tewas kepada beregu Indonesia, termasuk Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

Sementara itu, Wei Chong turut mengakui kekalahan mereka kepada pemain-pemain negara jiran adalah disebabkan lawan menampilkan aksi lebih konsisten, namun menegaskan itu bukan alasan untuk mereka hilang keyakinan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN