fbpx
Anggota bomba mengangkat mayat Mohd. Fazir yang dijumpai di Pantai Sura Tengah, Dungun hari ini.

Lemas Pantai Sura Tengah: Mayat adik ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Mayat Mohd. Fazir Shafie, 37, yang lemas sewaktu membantu kakaknya berjaya ditemui di Pantai Sura Tengah, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Shahrizal Samsuddin berkata, mayat lelaki tersebut dijumpai pada pukul 12.35 pagi selepas 14 jam operasi pencarian dilakukan.

“Mayat mangsa (Mohd. Fazir) ditemui terdampar di kawasan persisir pantai oleh pasukan penyelamat kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Shahrizal berkata, mayat Mohd. Fazir telah diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut.

Kosmo! hari ini melaporkan Mohd. Fazir dikhuatiri lemas selelas hilang dibawa ombak besar ketika mahu menyelamatkan kakaknya, Nor Baizura Shafie, 39, yang lemas ketika mandi di Pantai Sura Tengah.

Mayat Nor Baizura telah ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.54 pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN