fbpx
Muhammad Aiman Suhaimi, 30,Lelaki yang didakwa mencederakan ibu bapanya menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Bandar Baru Putra, Bercham minggu lalu, diperintah menjalani pemeriksaan psikiatri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Lelaki serang ibu bapa dengan pedang diarah jalani pemeriksaan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Lelaki yang didakwa mencederakan ibu bapanya menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Bandar Baru Putra, Bercham minggu lalu, diperintah menjalani pemeriksaan psikiatri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad memerintahkan tertuduh, Muhammad Aiman Suhaimi, 30, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu, Muhammad Aiman yang memakai pakaian hospital membuat pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah kepada bapanya, Suhaimi Dawi, 58, dan ibu, Shahaliza Ahmad Hashim, 58, dengan menggunakan pedang samurai.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Persiaran Putra, Bandar Baru Putra dalam daerah Kinta pada pukul 6.30 pagi, 26 Disember 2025.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 326 kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, M. Raveenaa memberitahu mahkamah bahawa ibu bapa tertuduh yang cedera dalam kejadian itu, masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN