PERNAH mengalami kegagalan dalam rumah tangga dan kesulitan hidup sekitar 10 tahun lalu membuatkan wanita kental ini melakukan perubahan drastik dalam hidupnya. Berpisah dengan suami dan bergelar ibu tunggal dengan amanah membesarkan bayi yang baru dilahirkan membuatkan Norhaslinda Rosli tabah meniti hari demi hari. Enggan menoleh kembali kisah silam yang membelenggu diri, wanita cekal kelahiran Melaka ini bangkit dengan memberanikan diri memulakan perniagaan. Kini selepas sedekad bergelar usahawan dan pengarah urusan Addar Global Sdn. Bhd., nama Norhaslinda, 46, semakin mekar……














