fbpx
YUSOFF mengakui fokus FAM ketika ini menunggu keputusan CAS sebelum membuat apa-apa perancangan lain.

FAM belum ada tarikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum ada tarikh untuk melakukan Kongres Tahunan Ke-61 kerana mahu memberi tumpuan pada kes melibatkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang sedang dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) ketika ini.

Menurut pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi, FAM selaku badan induk memang perlu mengadakan kongres setiap tahun, tetapi kongres pemilihan hanya berlangsung berselang empat tahun.

Kata Mohd. Yusoff, selepas kes melibatkan FIFA diselesaikan, kemudian baru perancangan lebih rapi dapat diatur oleh pihak persatuan.

“Kongres setiap tahun kena ada, tetapi kongres pemilihan hanya empat tahun sekali. (Buat masa ini) masih belum ada tarikh kerana kita kena selesaikan masalah (FIFA) yang berlaku dahulu.

“Selepas ini, baru kita ‘clear’ (perancangan jelas) untuk lihat apa yang nak buat kemudian. Bila-bila masa boleh buat (mengenai tarikh kongres),” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kosmo! semalam melaporkan FAM wajar menjadikan tahun 2026 sebagai detik terbaik buat badan induk bola sepak negara itu ‘reset’ semula dengan berubah secara total dalam usaha memulihkan semula maruah yang telah tercalar sejak dua tahun lalu.

Bermula dengan drama ‘surat layang’ pada April 2024 sehingga kemuncak isu terbesar melibatkan FIFA pada September lepas, polemik melibatkan FAM sentiasa menjadi perhatian umum termasuk di peringkat antarabangsa.

Antara cadangan yang diberikan oleh pemerhati sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli adalah gesaan untuk Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) meletakkan jawatan dengan membuat pemilihan semula pada kongres akan datang.

Mohd Yusoff turut mengambil langkah proaktif apabila membuat laporan polis selaras dengan syor Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, selepas jawatankuasa berkenaan menyiapkan siasatan mereka minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN