fbpx
MARESCA berdepan kecaman peminat sehingga menyebabkan jawatannya terancam ekoran prestasi terumbang-ambing Chelsea ketika ini. - AFP

EPL: Chelsea ada calon pengganti Maresca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas pengendali Barcelona, Xavi muncul antara calon paling hampir untuk mengambil alih tugas mengemudi Chelsea selepas masa depan Enzo Maresca ketika ini dilaporkan semakin kelam.

Chelsea sekadar meraih satu kemenangan dalam tujuh aksi terakhir Liga Perdana Inggeris menyebabkan impian untuk mencabar kejuaraan musim ini mungkin tidak menjadi kenyataan sekali gus menyaksikan Maresca berdepan risiko dipecat.

Para penyokong The Blues dikatakan sudah hilang sabar dengan Maresca ketika seri 2-2 menentang Bournemouth dengan melemparkan kritikan dan kecaman hebat terhadap pengendali dari Itali itu terutama ketika beliau mengeluarkan Cole Palmer.

Banyak laporan menyebut bahawa keputusan itu tidak menjejaskan karier Maresca di Stamford Bridge, namun perubahan mungkin berlaku pantas sekiranya beliau gagal memulihkan nasib pasukan.

Empat perlawanan selepas ini menyaksikan Chelsea bakal berdepan Manchester City dan Fulham untuk aksi EPL, manakala Arsenal menanti mereka di Piala Liga Inggeris, serta Napoli di Liga Juara-Juara sekali gus menyaksikan sukar buat Maresca mempertahankan jawatannya.

Situasi itu menyebabkan nama Xavi dikait sebagai antara calon pilihan terbaik sekiranya Chelsea membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan Maresca biarpun beberapa nama lain turut dikait.

Maresca yang tiba di Chelsea pada Jun 2024 bersama kontrak selama lima tahun berjaya membantu pasukan itu memenangi Liga Konferens Europa serta Piala Dunia Kelab pada musim pertamanya.

Selain prestasi kelab yang terumbang-ambing, Maresca juga dikatakan berdepan masalah dalam hubungannya bersama pihak atasan kelab apabila merasakan beliau tidak diberikan peluang melakukan tugas sesuai keinginannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN