PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa kerana terlepas penebusan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sebanyak RM500 selepas tarikh akhir penebusan.
Menerusi hantaran pengguna Threads @Syafiqahmsd_, mendapati baki RM500 selepas membuat semakan semula menggunakan kad pengenalan suami.
“Hari ini, baru terdetik nak semak kad pengenalan suami. Ambil kau ada RM500, tapi sudah tamat tempoh. Boleh guna ke?.
“Sebab sebelum ini, semak kad pengenalan suami, tak dapat pun bantuan Sara. Jadi persoalannya, RM500 ini kira ‘burn’ ke?,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan orang ramai dipercayai berpusu-pusu membuat pembelian pada hari terakhir, sekali gus menyebabkan bebas transaksi tinggi dan menjejaskan kelancaran sistem.
Menjengah ke ruang komen, masih ramai tidak cakna membuat penebusan Sara selain meninggalkan pesan kepada semua untuk menggunakannya sebelum tarikh akhir.
“Takut juga sebab bulan 10 baru layak. Kita kalau awal-awal semak, sudah tak layak, memang tak akan semak,” komen @Baler_rinaa.
“Tahun ini harap lebih cakna dengan pengumuman daripada PMX ya. Banyak lagi pengumuman yang bermanfaat,” komen @Alfaiz_hilmi.
“Mak kita tak tahu yang dia dapat, tapi sebabkan saya selalu semak. Rupanya mak ada RM800 untuk tebus Sara. Terus beritahu dia nak beli barang dapur guna sahaja kad pengenalan,” komen @_Pepsyhzrh. –KOSMO! ONLINE














