fbpx
Abdul Fattah (barisan hadapan, duduk, tengah) bersama sebahagian ahli koperasi yang menyertai Konvoi Trans ASEAN Madani TMM2026 di Shah Alam, malam tadi. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Penjawat awam jadi sasaran penipuan awal tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penjawat awam menjadi sasaran pihak tertentu yang menyamar sebagai wakil koperasi dengan menawarkan pinjaman segera, terutama ketika musim pembukaan persekolahan.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, taktik berkenaan sering memuncak pada awal tahun apabila penjawat awam berdepan tekanan kewangan akibat peningkatan komitmen, termasuk perbelanjaan persekolahan anak-anak dan musim perayaan.

Katanya, pihak tidak bertanggungjawab itu mengambil kesempatan tersebut bagi mengaut keuntungan peribadi atau tidak sah.

“Jadi kita nasihatkan mereka rujuk semula SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) dan juga Angkasa sekiranya agensi berkenaan kononnya menawarkan perkhidmatan kewangan, betul-betul koperasi.

“Sebab kita tak boleh kawal, zaman sekarang mereka (pihak tidak bertanggungjawab) lebih pandai. Justeru, jangan mudah terpengaruh,” katanya ditemui pada Majlis Makan Malam dan Pelepasan Konvoi Trans ASEAN Madani TMM2026, di sini, malam tadi.

Menurut beliau, Angkasa melaksanakan pembersihan dan pemutihan keanggotaan koperasi di bawah naungannya, manakala tindakan termasuk senarai hitam diserahkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Tambahnya, hanya koperasi berdaftar dengan SKM layak menjadi ahli Angkasa dan terlibat dalam aktivitinya selain tertakluk kepada tatakelola serta pemantauan ketat, khususnya oleh SKM. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN