fbpx
Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi ketika majlis pelancaran Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 baru-baru ini.

Festival raya 96 jam tanpa henti himpunkan 200 usahawan di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Festival jualan dan gaya hidup bertemakan Aidilfitri, Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bakal melakar sejarah apabila berlangsung selama 96 jam tanpa henti Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Festival anjuran bersama Pejabat Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor akan berlangsung dari 12 sehingga 16 Mac depan di pusat konvensyen tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Havoc Event & Management Sdn. Bhd., Datuk Muhammad Firdaus Nadxaman dan Faizul Mohd. Yusof berkata, penganjuran festival itu adalah sebagai platform berimpak tinggi yang bukan sahaja merancakkan sambutan Aidilfitri, malah memperkasa usahawan tempatan.

Malah kata mereka, ia akan mengukuhkan jaringan perniagaan serta mewujudkan ekosistem acara yang menyokong pertumbuhan ekonomi komuniti secara mampan.

“Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 bukan sahaja menjadi destinasi membeli-belah menjelang Aidilfitri malah berperanan sebagai platform menyokong usahawan tempatan, memperkukuh semangat komuniti serta merancakkan ekonomi setempat,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, penganjur itu berkata, festival berkenaan dirancang sebagai acara inklusif yang menghimpunkan elemen hiburan, keagamaan, kekeluargaan dan keusahawanan dalam satu pengalaman raya yang lengkap.

“Ia juga selaras dengan usaha menyokong pembangunan usahawan tempatan serta memperkasa ekonomi komuniti di negeri Selangor,”kata mereka.

Dengan mengangkat tema “Havoc-nya Raya di Kampung”, festival itu menggabungkan elemen tradisional dan moden bagi mewujudkan suasana raya yang penuh nostalgia, meriah serta mesra keluarga.

Festival itu juga akan menghimpunkan lebih 200 vendor yang menawarkan pelbagai jualan persiapan raya, bazar berbuka puasa, ‘happy hour’ sale serta aktiviti interaktif untuk semua lapisan masyarakat.

Ia juga akan dimeriahkan dengan persembahan pentas, kehadiran artis dan pempengaruh, aktiviti kanak-kanak, program keagamaan seperti buka puasa, solat tarawih serta bersahur beramai-ramai.

Turut diadakan sesi cabutan bertuah untuk pengunjung yang berbelanja di festival dan berpeluang memenangi hadiah utama sebuah kereta serta pelbagai hadiah menarik lain sepanjang acara itu berlangsung.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI