PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan hasil tertinggi dalam sejarah apabila berjaya memperoleh sebanyak RM5.65 bilion tahun ini dengan kutipan bulan Oktober dan Disember mencapai angka melebihi RM500 juta sebulan. Pencapaian kutipan itu turut disumbangkan melalui pelaksanaan diskaun 50 peratus yang ditawarkan JPJ terhadap pelbagai kesalahan bermula 1 November hingga 30 Disember lalu. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kutipan hasil 2025 berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak 6.05 peratus berbanding hanya RM5.33 bilion pada tahun lalu. Untuk……














