fbpx
Salah seorang mangsa yang berjaya diselamatkan dalam kejadian lemas di Pantai Batu Layar di sini sebelum dibawa ke klinik berhampiran.

Dua beradik nyaris lemas ketika beriadah di Pantai Batu Layar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Dua beradik berdepan detik cemas apabila mereka nyaris lemas ketika melakukan aktiviti di Pantai Batu Layar di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 2.41 petang itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor yang menerima panggilan menggerakan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai ke lokasi tersebut.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Shahrizan Selamat berkata, pihaknya yang tiba pukul 2.46 petang mendapati dua mangsa nyaris lemas dengan seorang daripada mereka diselamatkan oleh orang awam.

“Seorang lagi mangsa diselamatkan anggota bomba pada jarak 100 meter dari pantai. Mangsa yang berusia 17 dan lapan tahun itu dihantar ke klinik berhampiran menggunakan kenderaan orang awam bagi  mendapatkan rawatan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN