fbpx

Uqasha Senrose profesional, Trisha Ooi tak ambil tahu hal artis lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pelakon Trisha Ooi menyifatkan Uqasha Senrose sebagai individu yang profesional di set penggambaran meski pun kini berdepan dengan kemelut rumah tangga bersama suaminya, Kamal Adli.

Menurut Trisha atau nama penuhnya, Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 26, bukan sahaja mudah bekerjasama, Uqasha juga tidak pernah membuka cerita peribadi di lokasi penggambaran.

“Bagi saya, dia sangat professional apabila melibatkan kerja. Saya tak pernah tanya apatah lagi campur tangan dalam kehidupan peribadinya.

“Sepanjang bekerja dengannya, semua berjalan lancar, tiada sebarang masalah pun.

“Kalau ada cerita tentang rumah tangganya, biarlah dia sendiri yang kongsi, saya tak mahu komen sebab bukan posisi saya untuk cakap apa-apa,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Ditanya sama ada dia mengetahui isu  rumah tangga yang dilalui rakan seperjuangannya itu, Trisha berkata dia tidak pernah ambil tahu kisah dalam kain orang lain terutama hal peribadi.

“Fokus saya hanya kerja, pergi set penggambaran kemudian pulang ke rumah bila selesai.

“Setakat yang saya kenal, Uqasha juga seorang wanita lembut. Dakwaan atau sikapnya di luar set, bukan urusan saya dan enggan masuk campur.

“Saya memang kalau boleh tak mahu komen apa-apa tentang isu artis lain, bukan urusan saya,” jelasnya.

Terdahulu, Trisha dan Uqasha bergandingan dalam sebuah drama berjudul Jika Cinta Itu Buta di Astro Prima yang turut dibintangi Shah Jaszle dan Keith Foo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI