fbpx
Kesemua tertuduh dihadapkan di Mahkamah Georgetown hari ini. Foto DANIAL SAAD/KOSMO!

Tiga warga China berdepan hukuman mati di Malaysia, didakwa edar 26kg syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Tiga lelaki warga China dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah methamphetamine seberat 26.025 kilogram (kg) pada 20 Disember lalu.

Tertuduh iaitu Xie Zhouji, 38, Zhang Mea, 32, dan Chen Cheng, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 10 malam, 20 Disember lalu di sebuah apartmen di Jalan Gurdwara, Kompleks Adorna Gold, di sini.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup an tidak kurang 12 kali sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Danial Amir Saad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan tiada jaminan ditawarkan kepada kesemua tertuduh. Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Februari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI