fbpx
Gambar hiasan.

Selangor, Negeri Sembilan bakal berdepan hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan ekoran jangkaan cuaca buruk pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Selangor melibatkan daerah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Turut terlibat, di Negeri sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sarawak melibatkan daerah Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu.

“Sementara itu cuaca buruk di Sabah dijangka berlaku di Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” kata MetMalaysia.

Tambahnya, cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN