fbpx
SEJUMLAH peniaga menyertai protes di Tehran, Isnin lalu. - AFP

Protes di Iran makin merebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Protes dan mogok di Iran susulan inflasi dan kejatuhan nilai mata wang merebak dari ibu negara, Tehran ke beberapa bandar lain pada hari ketiga ketegangan yang berterusan di negara berkenaan, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Protes bermula Ahad lalu selepas peniaga-peniaga di Bazar Besar Tehran mengadakan mogok apabila rial Iran jatuh ke paras terendah yang pernah direkodkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di pasaran terbuka.

Sejak itu, video yang disahkan oleh BBC Persian menunjukkan demonstrasi berlaku di bandar Karaj, Hamedan, Qeshm, Malard, Isfahan, Kermanshah, Shiraz dan Yazd. 

Polis turut menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Presiden Masoud Pezeshkian menulis di platform X lewat Isnin lalu bahawa beliau telah mengarahkan menteri dalam negeri mengadakan rundingan dengan apa yang disifatkannya sebagai wakil penunjuk perasaan supaya langkah-langkah dapat diambil bagi menyelesaikan masalah dan bertindak secara bertanggungjawab.

Beliau juga menerima peletakan jawatan Gabenor Bank Pusat Iran, Mohammadreza Farzin dan melantik bekas Menteri Ekonomi dan Kewangan, Abdolnasser Hemmati, sebagai pengganti.

Pelajar-pelajar universiti turut menyertai protes dengan melaungkan slogan antikerajaan termasuk ‘Matilah diktator’ yang merujuk kepada Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.

Sebahagian penunjuk perasaan juga kedengaran melaungkan slogan menyokong anak kepada Allahyarham Shah Mohammad Reza Pahlavi yang pernah memerintah Iran tetapi digulingkan dalam Revolusi Islam 1979. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN