fbpx
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

Peniaga didakwa picit punggung pekerja spa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang peniaga kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyentuh dan memicit punggung pekerja sebuah spa, Sabtu lalu.

Tertuduh, Mohamad Azrullah Mohd. Rodzi, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencabul seorang wanita berusia 21 dengan cara menyentuh dan memicit punggung mangsa ketika dia sedang menyapu sampah di hadapan premis kira-kira pukul 11.40 pagi di Taman Satu Lagenda 27 Disember lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azfar Mahmud mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000 dikenakan, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia merupakan penanggung tunggal keluarganya.

Tertuduh yang masih bujang itu turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa tiada penjamin yang hadir kerana ahli keluarganya tidak mengetahui mengenai kes dihadapinya itu.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 23 Februari depan sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN